Wednesday 21 September 2011

LATAR BELAKANG SEKOLAH


 
Sejarah institusi pendidikan Islam di Selangor bermula pada akhir abad yang ke -19 oleh tokoh – tokoh agama yang sentiasa ingin memartabatkan pendidikan agama Islam di Negeri Selangor.
1936
- Di atas usaha DYMM Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah dan beberapa orang ilmuan, sebuah sekolah Arab bagi pelajar lelaki telah ditubuhkan Bandar Diraja Klang.
1941
- Jepun telah menakluki Tanah Melayu,namun sekolah Arab tersebut terus berjalan. 
1946
 - Beberapa orang murid perempuan telah mengikuti pembelajaran Sekolah Arab di  Madrasah Ahliah Othmaniah bertempat di rumah Tuan Hj. Othman (Allahyarham ).
Sumber: Ust Aminah dan Ust.Hafsah.
1947
 - Dengan budi bicara DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj(Almarhum) telah mewakafkan Istana Jemaah (dijadikan bangunan pentadbiran oleh  Kolej Islam Klang sekarang)kepada  Madrasah Othmaniah untuk murid lelaki dan perempuan. Kemudian pentadbiran sekolah arab ini dipecahkan kepada sekolah arab lelaki dan sekolah arab perempuan. Sekolah arab lelaki diletakkan di bahagian hadapan manakala sekolah  arab perempuan di bahagian belakang kawasan yang sama. Sekolah arab perempuan diberi nama Raudzah Hisamus Syariah dan guru besarnya ialah Ustaz Asmah bt Othman (Allahyarhamah). Manakala sekolah arab lelaki diberi nama Madrasah Murtail Ulumu Addiniyah,guru besarnya ialah Tuan Syeikh Mahmud Bokhari.
Sumber: Ust Aminah dan Ust.Hafsah.
1951
 -  Rombongan  murid – murid perempuan dan guru – guru sekolah arab perempuan Raudzah Hisamus Syariah yang diketuai oleh Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Tuan Haji Pateh Akhir bin Mat Sah (Allahyarham)telah menemui DYYMM Sultan Hisamuddin bagi menyampaikan hasrat untuk menubuhkan Sekolah Menengah Arab dan mewujudkan pengajian ke peringkat  tinggi  iaitu Rabi’Thanawi.
Sumber: Ust Aminah dan Ust.Hafsah.
 1955
 - Pelajar  Murtail Ulum Addiniyah dipindahkan ke Masjid Sultan Sulaiman kerana bangunan yang diduduki oleh pelajar  Ulum Addiniyah akan digunakan oleh Kolej Islam Klang(Malaya). Kemudian pelajar Ulum Addiniyah dipecahkan kepada dua iaitu peringkat rendah(ibtida’i)dan peringkat tinggi (Rabi’Thanawi).Pelajar peringkat Ibtida’i  dipindahkan ke Madrasah Faizin  dan pelajar Rabi’ Thanawi  ke Sungai Bertih  . Manakala pelajar perempuan Raudzah Hisamus Syariah dipindahkan ke Kampung Jawa dan di tukar nama kepada untuk  Maahad Jamaatul Ismail Kampung Jawa Klang.
Sumber: Ust Aminah dan Ust.Hafsah,Ust Hamimah,Ust Hamidah.
1957
 - Pelajar  Murtail Ulum Addiniyah dipindahkan ke bangunan baru di Sungai Bertih dan bertukar nama kepada Maahad Hisamuddin Sg. Bertih Klang.
1973
 - Maahad Jamatul Islami Kampung Jawa dibuka untuk pelajar lelaki
Sumber: Us. Sianid b. Mokim
1974
 - Pelajar  Maahad Hishamudin Sg. Bertih Klang dipindahkan dan disatukan dengan pelajar perempuan Maahad Jamaatul  Islami Kampung Jawa Klang dan menggunakan nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku  Ampuan Jamaah (SAMTTAJ).
Sumber: Us. Sianid b. Mokim
1977
 - Sekolah Menengah Agama Hisamuddin Sungai Bertih disatukan pentadbirannya dengan Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah dan membentuk Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Kg. Jawa.
Sumber: Us. Sianid b. Mokim
1979
 - Bangunan lama Sekolah Agama Menengah Hisamuddin sungai bertih digunakan  semula untuk menampung kekurangan bilik darjah di Sekolah Agama Menengah Hisamuddin  Kampung Jawa.
1981
- Bangunan baru dibina di Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Kampung Jawa dan siap serta digunakan pada tahun 1982.
1982
 - Bangunan baru Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Sungai Bertih juga dibina dan digunakan apabila siap pada tahun 1983.
1983
- Berlaku pemisahan pentadbiran Sekolah Agama Menengah Hisamuddin apabila kedua-dua sekolah ini menerima bangunan baru. Di miri ana pelajar menengah rendah di Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Kampung Jawa dipindahkan ke Sg Bertih menjadikan keseluruhan pelajar disitu terdiri daripada pelajar menengah rendah.Namanya ditukar menjadi Sekolah  Agama Menengah Rendah Hisamuddin Sungai Bertih.Pengetuanya adalah Ustaz Sainid bin Mokim manakala pelajar menengah atas dikekalkan di Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Kampung Jawa menjadikan keseluruhan pelajar disitu terdiri daripada pelajar menengah atas. Kemudian namanya ditukar kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin Kampung Jawa. Pengetuanya ialah Ustaz Paidi bin Keromo.
1984
- Pelajar  lelaki tingkatan 3 hingga tingkatan 6 Atas Sekolah  Agama Menengah Tinggi Hisamuddin Kampung Jawa dipindahkan pula ke Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, di Shah Alam (SAMTAJ). Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin Kampung Jawa hanya terdiri daripada pelajar perempuan tingkatan 1 hingga tingkatan 6 Atas manakala pelajar lelaki hanya tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Sumber: Majalah Al – Munir 1987/1988 bil. 5i Sekolah Menengah Agama JAIS yang lain.
Sumber : Pn. Siti Arfah Dakhwan
1988- 1990
- Kemudian pada tahun 1988 hingga 1990, kumpulan pelajar lelaki terakhir iaitu tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dipindahkan pula ke Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam (SAMTTAJ)

1991
- Di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin Kampung Jawa hanya tinggal seramai 25 orang pelajar lelaki sahaja yang belajar di dalam kelas sains.
Sumber: Pn. Wirdahayu Nyisak
Dis 1992
 - Pada akhir tahun 1992 Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin Kampung Jawa menjadi sekolah agama perempuan sepenuhnya.
2001
 - Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin Kampung Jawa menerima semula kemasukan pelajar lelaki untuk tingkatan 1.
Sumber: Us. M. Yazid Shariff
Julai 2001
- Sekolah Aggama Menengah Tinggi Hisamuddin Kampung Jawa berpindah ke bangunan baru iaitu bangunan sekarang dan menerima kemasukan pelajar lelaki (Tingkatan 1 hingga tingkatan 6) hingga kini.
Sumber: Ustaz M. Yazid Shariff


2005
 - Proses Pendaftaran Sekolah – sekolah Agama Menengah JAIS kepada Sekolah Agama Bantuann Kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau meneruskan berkhidmat di bawah kerajaan Negeri.
2006
 - Guru – guru berjawatan tetap JAIS diberi peluang membuat pilihan(opsyen)sama ada berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau meneruskan berkhidmat di bawah kerajaan Negeri.
2009
 - Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenan supaya nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin Kg. Jawa ditukar kepada SEKOLAH  AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISAMUDDIN JALAN KOTA RAJA KG. JAWA KLANG.(penggunaan nama baru ini boleh terus digunakan dalam semua urusan rasmi sekolah.)
Sumber : merujuk kepada surat daripada JAIS
1)    Bertarikh 5 Jun 2009 no. rujukan : Bil.(54)dlm.JAI.Sel.BPI
2)    23 Disember 2009,NO. RUJUKAN: Bil(59)dlm. JAI.Sel.BPI

PAKEJ MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN


Tingkatan
Mata Pelajaran KBSM
Mata Pelajaran al-Azhar
1,2,3
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Arab
  4. Pendidikan Islam
  5. Sains
  6. Matematik
  7. Sejarah
  8. Geografi
  9. Kemahiran Hidup Bersepadu

  1. Bahasa Arab al-Azhar
  2. Feqh Tauhid
  3. Tafsir Hadis
  4. Al-Quran
ALIRAN SAINS TULEN

4/5 Firdaus
4/5 Naim
4/5 Mawa

  1. Bahasa Melayu
  2. Pend Syariah Islamiah
  3. Bahasa Inggeris
  4. Bahasa Arab Tinggi
  5. Pend. Al-Quran dan As-sunnah
  6. Sejarah
  7. Biologi
  8. Kimia
  9. Fizik
  10. Matematik Moden
  11. Matematik Tambahan

Ting 5:
  1. BS
  2. Usul STAM

Ting 4 :
  1. Bahasa Arab 1
  2. Bahasa Arab 2
  3. Feqh Tauhid
  4. Tafsir Hadis
  5. Al-Quran

ALIRAN SAINS TEKNIKAL
4/5 Adnin





  1. Bahasa Melayu
  2. Pend Syariah Islamiah
  3. Bahasa Inggeris
  4. Bahasa Arab Tinggi
  5. Pend. Al-Quran dan Assunnah
  6. Sejarah
  7. Prinsip Perakaunan
  8. Kimia
  9. Fizik
  10. Matematik Moden
  11. Matematik Tambahan




Ting 5:
  1. BS
  2. Usul STAM

Ting 4 :
  1. Bahasa Arab 1
  2. Bahasa Arab 2
  3. Feqh Tauhid
  4. Tafsir Hadis
  5. Al-Quran

ALIRAN SASTERA IKHTISAS
4/ 5 Darulkhuldi


  1. Bahasa Melayu
  2. Pend Syariah Islamiah
  3. Bahasa Inggeris
  4. Bahasa Arab Tinggi
  5. Pend. Al-Quran dan Assunnah
  6. Sejarah
  7. Prinsip Perakaunan
  8. Ekonomi Asas
  9. Sains Teras
  10. Matematik Moden
  11. Matematik Tambahan


Ting 5:
  1. BS
  2. Usul STAM

Ting 4 :
  1. Bahasa Arab 1
  2. Bahasa Arab 2
  3. Feqh Tauhid
  4. Tafsir Hadis
  5. Al-Quran

ALIRAN SASTERA  IKHTISAS
4 /5 Darussalam


  1. Bahasa Melayu
  2. Pend Syariah Islamiah
  3. Bahasa Inggeris
  4. Bahasa Arab Tinggi
  5. Pend. Al-Quran dan Assunnah
  6. Sejarah
  7. Perdagangan
  8. Ekonomi Asas
  9. Sains Teras
  10. Matematik Moden
  11. Sivik dan Kewarganegaraan

Ting 5:
  1. BS
  2. Usul STAM

Ting 4 :
  1. Bahasa Arab 1
  2. Bahasa Arab 2
  3. Feqh Tauhid
  4. Tafsir Hadis
  5. Al-Quran


6 STAM

  1. Hifz al-Quran/Tajwid
  2. Fiqh/Faraid
  3. Tauhid/Mantiq
  4. Hadis/Mustolah
  5. Tafsir/Ulumhu
  6. Balaghah
  7. Nahu/Sorof
  8. Insya/Mutalaah
  9. Arudh/Qafiyah
  10. Adab/Nusus
  11. MUET





6 A/6B STPM

  1. Pengajian Am 1 & 2
  2. Bahasa Arab 1 & 2
  3. Syariah 1 &2
  4. Usuluddin 1 & 2
  5. Sejarah 1 & 2
  6. MUET
  7. Pengajian Perniagaan